𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗝𝗔𝗡)
Yayasan Perak telah turut serta menjayakan Program Kampung Angkat Madani Jabatan Audit Negara bertempat di kawasan Mukim Hulu Ijok, Selama. Inisiatif ini telah diperkenalkan melalui Belanjawan 2024 bagi merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti penduduk desa.
Yayasan Perak diwakili oleh Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak bersama barisan team teknikal Yayasan Perak hadir bagi Upacara Penyerahan Rasmi Bantuan Baikpulih Rumah di bawah Program Sayangi Rumahku. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan membaik pulih kediaman yang lebih selesa kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Tahniah atas pelaksanaan inisiatif yang bersifat mesra rakyat sekaligus mampu merapatkan jurang antara desa dan bandar. Pembangunan dan perancangan desa turut diberikan tumpuan bagi merealisasikan matlamat Perak Sejahtera 2030 dengan lebih sempurna.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kgangkatmadani
#sayangirumahku
#peraksejahtera2030