𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗡𝗖𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗝𝗔𝗡) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗥𝗨𝗔𝗜 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak diketuai oleh Dr Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan turut hadir bagi Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara (JAN) dan Yayasan Perak turut membuka reruai sempena majlis tersebut bertempat di Kampung Masjid, Ijok Selama Perak.
Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Audit Negara telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian & Industri Makanan. Program ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah dalam kalangan masyarakat desa.
Yayasan Perak akan terus bersama kerajaan Negeri dalam usaha mengiktiraf dan membangunkan kawasan luar bandar agar kehidupan masyarakat desa lebih sejahtera sekaligus mampu menyumbang kepada pembangunan negara ketahap yang lebih baik.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programsayangirumahku
#kampungangkatmadani
#kampungijok
#peraksejahtera2030