𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—ž π— π—˜π— π—˜π—₯π—œπ—”π—›π—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—₯π—œπ—”π—‘ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ 𝗑𝗔𝗭π—₯π—œπ—‘ 𝗦𝗛𝗔𝗛

Kemeriahan Larian Sultan Nazrin Shah edisi ke-12 ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat sukan larian daripada dalam dan luar Negara. Menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan gaya hidup sihat, warga kerja Yayasan Perak tidak ketinggalan untuk menyertai acara tahunan bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak ini. Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan serta Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum telah bersama-sama hampir 12,000 peserta yang lain berkumpul di Dataran Warisan, Kuala Kangsar.
DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai larian bersama-sama rakyat yang telah bermula seawal jam 6 pagi. Turut berangkat ke acara tersebut Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamed dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak , YB Dato’ Ahmad Suadi Abdul Rahim.
Penyertaan warga kerja Yayasan Perak di bawah tajaan Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Perak telah mencapai objektif utama iaitu mewujudkan sifat kebersamaan sesama ahli dan menjadi platfom untuk membina ikatan. Nilai kebersamaan ini amat penting dalam memacu Yayasan Perak mencapai kecemerlangan ke arah menjadi agensi peneraju modal insan unggul.
Penganjuran Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah ini telah berjaya mendorong lebih ramai penyertaan berbanding tahun-tahun sebelum selain mendorong rakyat untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Penglibatan kali ini turut menyokong aspirasi Perak Sihat ke arah Perak Sejahtera 2030.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#lariankeputeraansultannazrinshah
#LKSNS
#PerakSejahtera2030
#mindacerdasdatangdaribadanyangcergas