๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—–๐—œ๐—ž๐—š๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œโ€ & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—› ๐—ฌ๐—ฃ ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Yayasan Perak telah melaksanakan Majlis Apresiasi bersempena Program Motivasi โ€˜โ€˜Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saaraniโ€™โ€™ dan Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 yang disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Yayasan Perak bertempat di Casuarina Convention Centre Meru, Ipoh.

Majlis Apresiasi ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan di atas pelaksanaan dalam mencapai matlamat dengan menghimpunkan seramai 6000 murid tingkatan 5. Program motivasi ini telah melibatkan dua kumpulan iaitu potensi lulus dan potensi cemerlang bagi 12 daerah di seluruh negeri Perak. Sebanyak 24 slot merangkumi 2 sesi bagi setiap daerah dalam tempoh masa sebulan diadakan dengan kerjasama strategik daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 turut diadakan dan Yayasan Perak telah memilih seramai 50 orang murid SPM yang cemerlang Straight A+ dari seluruh negeri Perak. Pemilihan calon ini dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2024 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di bawah Sektor Pembelajaran.

Kesemua murid telah mengikuti sesi motivasi khas pada sebelah pagi bersama Pakar Motivasi Terkemuka Malaysia iaitu YM. Dr. Haji Tengku Ismadi Bin Tengku Mohamad bagi mengukuhkan emosi mental untuk menghadapi peperiksaan SPM. Murid-murid ini telah dilantik sebagai โ€œDuta Harapan SPM 2024โ€. Seramai 25 orang guru pakar pula dipilih dan dilantik sebagai โ€˜โ€˜Mentor Duta Harapanโ€™โ€™ khas kepada 50 orang murid tersebut.

Penganjuran program motivasi dan pelantikan watikah ini diharap dapat meningkatkan semangat dan memberikan keyakinan dalam diri calon SPM 2024 sekaligus membantu dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang. Yayasan Perak akan sentiasa menjalinkan kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha untuk meningkatkan prestasi dan memperkasakan pendidikan di negeri Perak.