๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Yayasan Perak dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah melaksanakan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Peperiksaan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.

YAB Datoโ€™ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Yayasan Perak bersama-sama 400 murid calon SPM 2024 dari 17 buah sekolah menengah sekitar Ipoh. Program diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah, dan Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh.
Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai kesejahteraan mental, emosi
dan rohani bagi menghadapi peperiksaan. Ia juga dapat memberi impak secara keseluruhan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Inisiatif ini mampu meningkatkan prestasi pencapaian kecemerlangan akademik di samping kekuatan emosi supaya murid lebih bersedia. Tambahan lagi ia boleh membantu murid untuk meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan kerisauan dan perasaan cemas serta memudahkan murid untuk lebih fokus dan memberi ketenangan hati serta ketenteraman jiwa.
Selain itu, ia mengingatkan murid tentang pentingnya nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian serta menggalakkan untuk lebih berdisiplin, berdoa dan bertawakkal setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Keputusan SPM yang dicapai pada tahun lepas adalah benchmark terbaru yang diletakkan untuk pencapaian SPM kerana itu adalah pencapaian tertinggi dan terbaik untuk tempoh 10 tahun lepas.
Program ini membuktikan komitmen dan kesungguhan Yayasan Perak bersama Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang sentiasa berusaha memberi impak yang positif dalam melahirkan anak yang baik lagi cerdik selaras dengan aspirasi dan falsafah kemenjadian murid dan pembinaan generasi gemilang