π£π₯π’ππ₯ππ π₯ππ§π₯πππ§ π¬ππ¬ππ¦ππ‘ π£ππ₯ππ

Yayasan Perak telah menganjurkan program retreat kepada semua pegawai-pegawai selama 3 hari bertempat di Pulau Pinang. Retreat ini bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tanpa kebersamaan, apa sekalipun gerakerja yang diatur, takkan cantik perlaksanaannya bila tiada kerjasama dan perasaan bekerja sebagai satu kumpulan yang besar.
Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak juga turut bersama-sama menyertai semua aktiviti bersama 37 orang pegawai dalam usaha mewujudkan rasa kebersamaan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya telematch, treasure hunt, makan malam bertemakan aloha, cabutan bertuah dan lawatan. Keceriaan dan kegembiraan dalam setiap aktiviti ini telah mengukuhkan semangat kerjasama sekaligus membantu meningkatkan potensi serta keyakinan pegawai-pegawai.
Tahniah kepada pengurusan Yayasan Perak yang sentiasa peka perpaduan antara semua pegawai ke arah mencapai agenda transformasi organisasi. Diharapkan program retreat ini mencipta seribu kenangan manis buat semua yang terlibat dan meningkatkan semangat untuk bekerja dengan lebih ceria dan bermotivasi.
Walau bagaimana pun, kualiti kerja tidak hanya bergantung kepada team work, ia memerlukan KOMITMEN, USAHA, RASA TANGGUNGJAWAB dan peningkatan skill dan competencies. Perkara tersebut akan sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang tertinggi.
Kejayaan tidak hanya datang dengan meletakkan impian, tapi ialah dengan kesungguhan untuk berusaha dan memberikan yang terbaik ke arah mencapai impian tersebut.
Yayasan Perak the bestβ¦ laungan yang dilaungkan sepanjang program dan semoga terpahat di dada setiap pegawaiβ¦. Diharapkan Yayasan Perak terus cemerlang dan gemilang di tahun 2025 dan tahun-tahun akan datang.