𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜

Tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Nasreen Khanum Bt Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak atas lantikan sebagai Profesor Adjung dari Fakulti Pengurusan & Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuatkuasa 1 Disember 2024 sehingga 30 November 2026.
Seluruh warga kerja Yayasan Perak amat berbangga dengan pengiktirafan ini dan diharapkan kepakaran Dr Nasreen Khanum dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kecemerlangan bagi sektor pendidikan di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Penghargaan terima kasih kerana turut mengharumkan nama Yayasan Perak dan menjadi simbol kualiti, dedikasi dan kesungguhan agensi ini sebagai sebuah Peneraju Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.