𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak telah menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 bersama seluruh warga kerja Yayasan Perak pada hari ini.

Dalam amanat dan pesanan beliau menggariskan fokus utama dan perancangan strategik yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 ini. Amanat penuh inspirasi ini menekankan penambahbaikan perkhidmatan, memperbaiki kelemahan serta kekurangan dan mengekalkan persepsi terbaik untuk memacu Yayasan Perak ke arah sebuah agensi yang lebih gemilang.
Diharapkan amanat dan pesanan ini dapat meningkatkan usaha gigih dan komitmen yang tinggi oleh Kakitangan Yayasan Perak untuk memberikan hasil kerja yang berimpak tinggi sekaligus menyumbang kepada kemajuan di negeri Perak.