𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗨𝗥𝗔𝗟 𝗖𝗔𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗

Yayasan Perak yang diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak bersama barisan Pegawai Yayasan Perak telah mengadakan Perjumpaan bersama Rural Capital Berhad bertempat di Yayasan Perak.
Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan berhubung kolaborasi strategik di antara dua agensi yang dapat membincangkan mengenai penambahbaikan dalam pemberian pinjaman dan bayaran balik. Melalui kerjasama strategik ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri Perak dalam bidang Usahawan.
Turut hadir bersama Encik Muzahisyam Bin Yahaya, Ketua Cawangan Operasi, Encik Syukran Wahi Shaffiq, Ketua cawangan Negeri Wilayah Kuala Lumpur dan Puan Nurul Fasihah Binti Abu Samah, Ketua Cawangan Negeri Perak.