𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak bersama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) telah mengadakan Program Pembangunan Diri bagi murid-murid terpilih di bawah Program Hijrah Insaniah bertempat di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA), Ipoh.

Program Pembangunan Diri ini merupakan usaha untuk memberi suntikan motivasi dan semangat sekaligus memberi fokus dalam pembelajaran serta keyakinan kepada seramai 32 orang murid yang terdiri dari 4 buah sekolah iaitu Sekolah Izuddin Shah, SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Raja Perempuan dan Sekolah Raja Perempuan Taayah.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru kaunselor yang terlibat dalam memberi perkongsian dan inspirasi. Diharapkan program ini mampu meningkatkan tahap pencapaian dan membangunkan modal insan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, kepimpinan dan kemenjadian murid-murid di negeri Perak.