𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗕 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan sangat menitikberatkan aspek pendidikan yang berkualiti bagi Negeri Perak termasuklah Pendidikan Islam dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan pegangan teguh Al- Quran dan Hadis.

YAB Dato Seri amat menekankan pembangunan sumber manusia yang berkualiti, beretika dan berintegriti di Negeri Perak yang akan menjadi tunjang utama kejayaan bagi pembangunan Negeri Perak pada masa akan datang.
Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak yang menyertai lawatan kerja rasmi tersebut kini sedang berada dalam rangka perbincangan bersama pihak Madina Institute bagi membincangkan peluang dan potensi kerjasama yang akan memberi impak yang besar dalam sektor pendidikan antara Madina Institute dan Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak.
Semoga pembangunan modal insan di Negeri Perak terus diperkasa.