𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗝𝗨𝗥𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗛𝗜𝗝𝗔𝗨 (𝗚𝗣𝗠) 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰


Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang telah memenangi Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024 kategori Anugerah Projek Cemerlang melalui Jurnal Bacaan Propulih bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Projek Modul Jurnal Bacaan Propulih ini adalah kerjasama Jabatan Pendidikan dan penajaan daripada Yayasan Perak di bawah Program Pemulihan dan Peralihan Murid Tingkatan 1-3 negeri Perak bermula pada tahun 2024.
Jurnal Bacaan Propulih ini memberi manfaat kepada 5,000 murid daripada kumpulan murid yang cicir literasi dan numerasi ini bagi meningkatkan kemampuan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekaligus mencapai sekurang-kurangnya layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.
Yayasan Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) juga sedang meyediakan Modul Bacaan Propulih Siri ke-2 untuk kesinambungan Jurnal Bacaan tersebut sebagai usaha untuk terus memperbaiki kualiti pendidikan anak-anak negeri ini menerusi pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi. Jurnal Bacaan Propulih Siri 2 ini dijangka akan mula digunakan pada sesi persekolahan 2025/2026 yang akan datang.
Di dalam majlis Anugerah yang sama, Jabatan Pendidikan Negeri Perak turut memenangi Anugerah Projek Terbaik melalui Projek BRIDGE (Building Responsible Individuals Through Diverse Global Experiences).
Semoga kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi ini dapat dipertingkatkan lagi demi kecemerlangan pendidikan di negeri Perak.
TAHNIAH!