𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 (𝗔𝗕𝗠𝗪𝗨) 𝗞𝗘 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Kunjungan hormat Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU) ke Yayasan Perak bertujuan untuk berkongsi maklumat dan perbincangan bagi menjayakan perjalanan kolaborasi strategik antara dua agensi bagi membangunkan golongan sasar serta melahirkan tenaga kerja kompeten yang mempunyai kepakaran teknikal dalam menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bertauliah TVET dalam bidang pembinaan kepada belia-belia Negeri Perak.
Yayasan Perak sentiasa bersedia dalam mengukuhkan kerjasama strategik bagi memajukan sektor usahawan, kebajikan, kesejahteraan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ketahap yang lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat di negeri Perak.
Turut hadir bersama En Mohd Nazri Bin Haji Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif, En Muhammad Shahrin, Ketua Unit Pembangunan Perniagaan, Cik Norhaslinda, Pengurus Cawangan (ABM) Perak, Ir. Pais Bin Saedin, Ketua Unit Profesional dan Cik Norsyakirah, Pembantu Eksekutif.