𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗞𝗨

14 FEBRUARI 2025 – Yayasan Perak meneruskan serahan kunci kepada penerima di bawah Program Sayangi Rumahku di kawasan mukim Hulu Kinta.
Timah binti N. Naiz Mohamed, 70, berasal dari Changkat Kiding 2 merupakan seorang ibu tunggal dan tidak bekerja. Beliau hanya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan bantuan zakat daripada pihak Baitulmal.
Menurutnya, sebelum ini beliau terpaksa mengikat perut setiap bulan kerana perlu membayar bayaran sewa rumah yang didiaminya sebanyak RM450 sebulan.
Majlis Penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Puan Nor Husna Binti Idris, Pengurus Pembangunan Sosial, Yayasan Perak. Hadir sama, Muhammad Azri Bin Mohammad Fuzi, Eksekutif Pembangunan Sosial serta pasukan teknikal Yayasan Perak.
Program Sayangi Rumahku ini menjadi salah satu fokus bagi meringankan beban golongan asnaf dengan membantu mereka untuk memiliki sebuah rumah kediaman yang lebih baik dan selesa seperti golongan yang lain.