𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗞𝗨

Yayasan Perak telah mengadakan serahan kunci rumah kepada penerima manfaat Program Sayangi Rumahku di tiga daerah, daerah Kampar, Muallim dan Larut, Matang & Selama.
Penerima pertama dari RPT Air Hitam Labu Kampar, Zainudah binti Hamid,65. Beliau hanya bergantung makan minum daripada ihsan anak-anak sejak kematian suaminya dan menetap di rumah sewa sebelum menerima manfaat ini.
Penerima yang kedua Jamaludin bin Mad Nor, 72, menetap di Kg. Padang Gajah, Trong. Warga emas ini meneruskan kelangsungan hidup dengan bekerja sebagai penoreh getah dan Bilal Masjid.
Seterusnya, penerima ketiga, Morni binti Long, 61, menetap di Kg Tambak, Slim Village merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja. Rumah yang didiami sebelum ini berada dalam keadaan yang sangat usang dan mulai mereput.
Penerima keempat iaitu Dzulkefri bin Samat, 64, di RPT Kg. Balun, Mukim Slim. Pendapatan yang diperoleh hanya bekerja sebagai Imam surau di kawasan yang didiami. Menurutnya sebelum ini beliau menyewa rumah di Tanjung Malim.
Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh YBrs Puan Nor Husna Binti Idris, Pengurus Pembangunan Modal Insan, En Muhammad Azri Bin Mohammad Fuzi, Eksekutif Pembangunan Modal Insan Yayasan Perak. Hadir sama pasukan juruteknik Yayasan Perak.
Turut hadir meraikan penerima manfaat di Mukim Slim, YB Puan Salina binti Samsudin, Ahli Dewan Negeri Behrang.
Harapan besar program ini adalah agar lebih ramai golongan sasar yang memerlukan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, selamat, dan selesa. Program ini bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai kestabilan dan meningkatkan kualiti hidup.