π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ : 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—ž & π—π—žπ—‘ π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” 𝗣π—₯π—’π— π—’π—¦π—œ π—§π—”π—¦π—£π—˜π—‘ π——π—œ π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠

Ipoh, 28 Mac 2025 – Yayasan Perak terus memperluaskan usaha mempromosikan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN Perak) melalui penyerahan bahan hebahan di hospital-hospital awam negeri ini.

Inisiatif ini bertujuan memastikan lebih ramai ibu bapa mengetahui peluang insentif pendidikan yang ditawarkan kepada anak-anak mereka.
Sebagai permulaan, hospital yang terlibat dalam penempatan bahan promosi ini termasuk Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan dan Hospital Manjung. Pengarah HRPB, Dr. Hj Saiful Azlan bin Haji Shariff, menerima bahan hebahan bagi pihak hospital tersebut. Sementara itu, Puan Arni Nadhirah binti Abdul Hadi, Timbalan Pengarah (Pengurusan), menerima bahan promosi untuk Hospital Taiping.
Di Hospital Manjung, Timbalan Pengarah (Perubatan), Dr. Mohd Fitri bin Mohd Noor, menerima penyerahan bahan tersebut, manakala di Hospital Teluk Intan, penerimaan dilakukan oleh Dr. Hjh Noor Azira binti Haron, Timbalan Pengarah (Perubatan), Puan Nor Hamirah binti Mahayuddin, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Encik Kalaivanan A/L Muniandy, Ketua Penolong Pengarah Hospital Teluk Intan.
Bahan promosi ini akan ditempatkan di kawasan umum serta wad bersalin dan wad pediatrik, bagi memastikan ibu bapa yang berurusan di hospital dapat mengakses maklumat mengenai insentif ini dengan lebih mudah.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Perak dalam memastikan setiap anak Perak mempunyai peluang simpanan pendidikan sebagai persediaan masa depan.
TASPEN menawarkan insentif khas secara β€˜one-off’ bagi anak-anak kelahiran Perak dalam bentuk akaun simpanan pendidikan, bertujuan membantu ibu bapa memulakan tabungan sejak awal. Dengan bantuan ini, Yayasan Perak berharap dapat meringankan beban kewangan keluarga serta membudayakan amalan menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Ibu bapa juga boleh melayari laman web rasmi Yayasan Perak untuk maklumat lanjut dan permohonan TASPEN.