𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 – 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

11 April 2025 – KMC Medical Centre telah menganjurkan satu program kesihatan merangkumi ceramah dan pemeriksaan kesihatan percuma bertempat di Yayasan Perak. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan Yayasan Perak mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit.

Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Khairil, Pakar Perubatan dari KMC Medical Centre, yang berkongsi ilmu dan tip berkaitan gaya hidup sihat, langkah pencegahan penyakit serta kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala demi kesejahteraan diri.
Selain ceramah, para kakitangan turut berpeluang menjalani pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI), serta mendapatkan rundingan kesihatan secara percuma bersama doktor dan pegawai kesihatan dari KMC Medical Centre. Kesemua pemeriksaan dijalankan secara profesional oleh barisan pegawai kesihatan yang terlibat dalam program ini.
Turut hadir Encik Suresh Kumar, Pengurus Besar KMC Medical Centre, Dr Amy Chong, Pegawai Perubatan dan Cik Nur Airini, Eksekutif Pemasaran.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sejajar dengan usaha memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.