𝟲,𝟯𝟮𝟰 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

15 April 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan negeri yang terus memperkasa pendidikan anak-anak Perak menerusi pelbagai inisiatif, termasuk pemberian insentif siswa.

Baginda bertitah, seramai 6,324 mahasiswa kelahiran negeri Perak telah menerima manfaat insentif siswa pada tahun 2024, khusus untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan tidak melebihi RM7,500 sebulan yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Dalam titah yang sama, baginda turut menyambut baik usaha mengimarahkan masjid melalui kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, jabatan-jabatan kerajaan serta Yayasan Perak. Masjid disaran memperluas peranan dengan melaksanakan pelbagai program melibatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan penyertaan belia, termasuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian, penternakan dan koperasi.
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan serta barisan ketua-ketua jabatan negeri yang lain