𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 – 𝗥𝗨𝗥𝗔𝗟 𝗖𝗔𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜

Khamis 12 Jun 2025 – Yayasan Perak telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Rural Capital Berhad yang merupakan anak syarikat milik penuh MARA hari ini bertempat di Ibu Pejabatnya di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Delegasi Yayasan Perak diketuai oleh YBrs. Dr. Nasreen Khanum Bt Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak, bersama Pn. Nur Huda Bt Yusoff, Pengurus Kewangan Yayasan Perak dan Pn. Nor Hidayah Bt Harun, Eksekutif Kewangan Yayasan Perak bersama pihak pengurusan Rural Capital Berhad yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Hiruddin Bin Hashim, bersama En. Amansahrin Bin Ahmad Moghni (Ketua Perniagaan), En. Mohd Johari Idham Bin Amiruddin (Ketua Korporat), Pn. Aida Aizati Bt Ishak (Ketua Kewangan), En. Mohd Noorisham Bin Md Asari (Ketua Kutipan dan Pemulihan Kredit), serta barisan pengurusan lain.

Perjanjian persefahaman ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan pengoperasian program-program pembiayaan di bawah Yayasan Perak. Kerjasama strategik ini dilihat sebagai permulaan serta membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai program-program kolaboratif lain yang turut melibatkan bantuan-bantuan dan juga geran di bawah MARA yang boleh dilaksanakan secara inter-agensi yang dijangka memberi manafaat besar kepada rakyat Negeri Perak secara keseluruhan.

Kerjasama ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi negeri melalui pengukuhan sistem sokongan kewangan dan peningkatan akses kepada peluang pembangunan modal insan.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan