๐ฃ๐ฅ๐๐๐จ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฎ.๐ฌ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐

13 Jun 2025 โ Prelude Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA) 2.0 Bersama Cikgu Saarani SPM 2025, anjuran Yayasan Perak, telah membuka tirai Program MADANI Rakyat 2025 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Lumut Waterfront, Lumut.
Program motivasi ini disertai lebih 460 pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Manjung dan Perak Tengah, dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. Ia menjadi landasan penting bagi membina semangat, jati diri dan persediaan mental pelajar menghadapi peperiksaan SPM akan datang.
Slot selama satu jam yang dikendalikan oleh penceramah motivasi jemputan, YBrs. Tuan Zaki Zainal, memberikan pendedahan kepada teknik pembelajaran mudah serta pengurusan emosi dan keyakinan diri, selari dengan pendekatan beliau yang telah terbukti berkesan.
Sebagai program permulaan atau โpreludeโ, sesi ini menandakan permulaan jelajah JNBA 2.0 yang akan diteruskan ke seluruh daerah di negeri Perak bermula 17 Jun nanti.
JNBA 2.0 merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran JNBA edisi pertama tahun lalu, yang terbukti memberi impak positif terhadap peningkatan keputusan SPM pelajar di negeri ini bagi tahun 2024.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#jnba2.0
#jelajahnyalaanbaraapi
#pendidikanperak
#peraksejahtera2030