𝗜𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡: 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗞𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜

14 Jun 2025 – Sebagai usaha mengimarahkan masjid serta memperkasa seni warisan Islam dalam kalangan generasi muda dan golongan belia, Yayasan Perak menganjurkan Bengkel Seni Khat dan Kaligrafi Islam yang bermula hari ini di Masjid Sultan Azlan Shah. Siri bengkel yang akan berlangsung dari Jun hingga Oktober 2025 ini melibatkan penyertaan hampir 100 pelajar tahfiz dari daerah Kinta.
Inisiatif yang turut melibatkan kerjasama strategik bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) ini memberi tumpuan kepada penghasilan seni khat berkualiti serta penghayatan terhadap keindahan penulisan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ia juga membuka ruang untuk mempertingkat kemahiran dalam bidang seni Islam dan menyemai rasa cinta terhadap kaligrafi berteraskan nilai-nilai spiritual dan estetika Islam.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini dapat terus memperkukuh serta menghargai seni warisan Islam dalam kalangan generasi muda di negeri Perak. Selain memupuk minat terhadap penulisan khat dan kaligrafi, inisiatif ini turut membuka peluang sebagai medium penjanaan ekonomi kepada para peserta serta pusat-pusat tahfiz yang terlibat melalui penghasilan karya seni bernilai tinggi.
#yayasanperak
#iltizamtransformasipendidikaninsan
#bengkelsenikhatdankaligrafi
#pendidikanperak
#peraksejahtera2030