𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚: 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

16 Jun 2025 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Yayasan Perak Bil. 1/2025 melibatkan penyertaan kakitangan daripada pelbagai bahagian dan peringkat telah diadakan di Bilik Gerakan Yayasan Perak.

Mesyuarat MBJ berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh komunikasi dan penyaluran maklumat dalaman, selain menjadi ruang untuk meneliti keperluan serta cadangan penambahbaikan ke arah pengurusan organisasi yang lebih cekap dan inklusif.

Ia juga merupakan sebahagian daripada proses libat urus antara pengurusan dan warga kerja dalam menyuarakan pandangan serta mencadangkan langkah-langkah strategik demi menjaga kebajikan kakitangan, di samping mengekalkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri Perak.

Sesi seperti ini akan diteruskan secara berkala sebagai usaha berterusan Yayasan Perak dalam membudayakan keterbukaan, penglibatan aktif warga kerja serta komunikasi berkesan ke arah tadbir urus yang cemerlang dan perkhidmatan yang berimpak tinggi.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan

#kebajikandanprestasi