𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗪𝗘𝗥-𝗨𝗣 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

IPOH, 16 Jun 2025 – Mesyuarat Penilaian Akhir bagi Program Power-Up Business Yayasan Perak telah diadakan secara dalam talian melibatkan penyertaan panel penilai profesional daripada pelbagai agensi.

Sesi penilaian akhir ini melibatkan tiga panel utama iaitu:

• YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak

• Encik Abdul Aziz bin Abd Rahim, Pengarah Pengurusan Kerajaan & Berkepentingan, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)

• Puan Hajjah Safiyah Peer binti Mohamed, Senior Eksekutif Wilayah Utara, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

Turut serta ialah Urus Setia Unit Usahawan, Bahagian Modal Insan, Yayasan Perak selaku penyelaras utama program.

Mesyuarat ini diadakan bagi menilai prestasi lapan ( peserta program yang telah disenarai pendek, berdasarkan laporan dapatan hasil lawatan fizikal ke premis perniagaan masing-masing. Kesemua peserta merupakan usahawan bimbingan Yayasan Perak yang dikenal pasti berpotensi tinggi untuk dikembangkan ke tahap yang lebih mampan dan kompetitif.

Program Power-Up Business merupakan salah satu inisiatif strategik Yayasan Perak di bawah aspirasi Perak Sejahtera, yang dirangka khusus untuk memperkasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negeri ini melalui pendekatan latihan, bimbingan berstruktur dan akses kepada pembiayaan.

Melalui pelaksanaan program ini, Yayasan Perak berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan

#powerupbusiness