๐๐ก๐๐ ๐ฎ.๐ฌ ๐๐ถ๐ป๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ถ โ ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ผ๐๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ง๐ฒ๐ธ๐ป๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฎ๐๐๐ถ ๐๐ข๐ข๐ !

17-18 Jun 2025 – Program Motivasi SPM 2025 Jelajah Nyalaan Bara Api 2.0 Bersama Cikgu Saarani kembali menemui anak-anak SPM di seluruh negeri.
Berlangsung selama dua hari di Dewan SMK Sultan Abdullah, Teluk Intan, program ini menghimpunkan seramai 500 calon SPM dari sekitar daerah Hilir Perak, menerusi dua slot berasingan iaitu Potensi Lulus dan Potensi Cemerlang.
Sesi motivasi disampaikan oleh penceramah motivasi profesional, Ustaz Mohd Fadly Bin Samin, yang berkongsi pendekatan Teknik Pasti BOOM dengan penuh semangat dan inspirasi.
Diinspirasikan daripada kisah persekolahan YAB Menteri Besar Perak, Datoโ Seri Saarani bin Mohamad, Yayasan Perak meneruskan JNBA 2.0 dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan Majlis Guru Kaunseling bagi menyemarakkan bara semangat serta menyuluh harapan calon SPM tahun ini.
Sasaran lebih 6,000 pelajar seluruh negeri menjadikan JNBA 2.0 medan menyemarakkan keyakinan dan iltizam menuju kejayaan.
#JNBA2 #CikguSaarani #AnakPerak #SPM2025 #PerakSejahtera2030