๐—๐—ก๐—•๐—” ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด โ€” ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜, ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป

17-18 Jun 2025 – Jelajah Nyalaan Bara Api 2.0 Bersama Cikgu Saarani diteruskan di daerah Batang Padang dengan kehadiran 500 calon SPM yang penuh tekad dan harapan.

Selama dua hari pelaksanaan di Dewan Sekolah Menengah Sains Tapah, para pelajar mengikuti dua slot berfokus, Potensi Lulus dan Potensi Cemerlang sebagai persediaan mental dan emosi menjelang SPM 2025.

Sesi motivasi dikendalikan oleh Tuan Zaki Zainal, penceramah motivasi profesional yang menyampaikan pendekatan Teknik Pasti BOOM dengan gaya yang menghidupkan semangat dan menyentuh nurani pelajar.

JNBA 2.0 diinspirasikan oleh kisah persekolahan YAB Menteri Besar Perak, Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, yang suatu ketika dahulu pernah berdiri sebagai pelajar biasa namun memilih untuk membakar bara dalam diri demi mencorak masa depan.

Yayasan Perak meneruskan program ini dengan sokongan erat daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, serta Majlis Guru Kaunseling membina platform yang membakar semangat dan membimbing pelajar ke arah kejayaan.

โœจ Dengan sasaran lebih 6,000 pelajar seluruh negeri, JNBA 2.0 bukan sekadar motivasi ia adalah titik mula menyemarakkan iltizam para pelajar.

#JNBA2 #CikguSaarani #SPM2025 #AnakPerak #YayasanPerak #PerakSejahtera2030