𝗬𝗣 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧: 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗧𝗨𝗡 𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗪𝗔𝗧𝗔𝗞, 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗛

Usaha mencungkil dan menggilap bakat luar biasa Adik Muhammad Sufi diteruskan melalui bengkel pertama di bawah program YP Special Talent, dengan bimbingan eksklusif daripada dua kartunis hebat tanah air, Boy PJ dan Huzza.

Bermula dengan asas dunia kartun, peserta diberi latihan intensif membina watak dan karakter sampingan, memahami teknik gaya lukisan, pergerakan serta ekspresi yang merupakan elemen penting sesebuah karya kartun kelihatan hidup dan berjiwa.

Lebih daripada sekadar belajar melukis, bengkel ini membuka ruang kepada anak-anak berbakat untuk mengenal dunia seni kartun secara profesional, sambil membina hala tuju mereka dalam industri kreatif tanah air.

Dengan modul sistematik dan bimbingan berpengalaman, Yayasan Perak percaya bakat seperti Adik Sufi bukan sahaja mampu mencipta nama malah mengharumkan seni Perak ke pentas nasional dan antarabangsa.

#yayasanperak #iltizampendidikantransformasiinsan #ypspecialtalent#pendidikanperak #peraksejahtera2030