𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗞𝗛𝗔𝗧 & 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗚𝗥𝗔𝗙𝗜 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 – 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗗𝗜 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔

Siri kelima Bengkel Khat & Kaligrafi Islam Yayasan Perak diteruskan dengan penuh semangat di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, menyatukan lebih ramai pelajar tahfiz yang dahagakan pengisian seni berteraskan roh Islam.

Dengan sentuhan bimbingan Ustaz Abdul Hanan dan sokongan berterusan daripada JAIPk dan MAIPk, bengkel ini terus menjadi platform untuk generasi muda bukan sahaja mengasah bakat seni khat, malah menanam nilai ketekunan dan kehalusan jiwa dalam setiap goresan dakwat.

Lebih daripada itu, para peserta berpeluang memperoleh manfaat ekonomi melalui penghasilan karya seni Islam yang berkualiti. Ini bakal menjadi potensi yang bukan sahaja mampu menyumbang kepada pembangunan diri, malah berupaya menjana pendapatan tambahan buat pusat-pusat tahfiz yang terlibat.

Yayasan Perak komited meneruskan iltizam membina generasi berakhlak, berkebolehan dan berdikari seiring hasrat menjadikan Perak sebagai negeri maju dan sejahtera menjelang 2030