PROGRAM PEMBANGUNAN ASAS BISNES: “KUASA” – CETUS GELOMBANG USAHAWAN PERAK BERDAYA SAING

Yayasan Perak dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sedang melaksanakan Program Pembangunan Asas Bisnes: KUASA sebagai usaha membimbing 30 usahawan terpilih dari seluruh negeri dalam membina asas perniagaan yang kukuh dan mampan.
Program ini dilaksanakan melalui tiga modul bertahap. Modul pertama — Kuasai Idea Perniagaan (KIP) telah berlangsung pada 21–23 Oktober 2025 di Travelodge Ipoh bersama Coach Lily, memberi fokus kepada pembinaan model bisnes dan penetapan hala tuju perniagaan.
Dua lagi modul iaitu Kuasai Impak Niaga (KIN) dan Kuasai Kewangan Perniagaan (KEP) akan menyusul pada bulan November, merangkumi strategi pemasaran, operasi serta pengurusan kewangan bagi memastikan perniagaan peserta lebih bersedia menghadapi pasaran sebenar.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan Perak dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan memberi impak kepada ekonomi setempat
