𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝟭,𝟬𝟬𝟬 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗬𝗣 𝗘𝗬𝗘 𝗦𝗜𝗡𝗔𝗥

Yayasan Perak terus komited memperkasa agenda pendidikan negeri melalui Program Bantuan Cermin Mata YP Eye Sinar, satu inisiatif yang menyediakan cermin mata percuma kepada murid yang mengalami masalah penglihatan, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah.
Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, program ini dirangka bagi memastikan tiada murid tercicir daripada pembelajaran hanya kerana keterbatasan penglihatan selari dengan matlamat Perak Sejahtera 2030 untuk akses pendidikan yang adil dan inklusif.
Tahun ini sahaja, lebih 1,000 murid di seluruh negeri telah menerima manfaat membuktikan komitmen Yayasan Perak menyediakan peluang pembelajaran yang lebih selesa dan setara.
Yayasan Perak percaya, pembelajaran berkualiti bermula apabila keperluan asas murid dipenuhi. Melalui YP Eye Sinar, kami memastikan penglihatan bukan lagi halangan untuk anak-anak Perak terus maju.
