Edaran Kurma Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 1442 H
Edaran kurma sempena menyambut Bulan Ramadhan telah diserahkan oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Tuan Azrul Sani kepada warga kerja Yayasan Perak.
Edaran kurma sempena menyambut Bulan Ramadhan telah diserahkan oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Tuan Azrul Sani kepada warga kerja Yayasan Perak.
10 April 2021 – Yayasan Perak telah menyertai untuk membuka kaunter perkhidmatan pelanggan sempena Program Karnival Usahawan Ambang Ramadhan Dun Sg Manik 2021 bertempat di Dewan Komplek Pertanian, Cenderong Balai. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
7 April 2021 – Yayasan Perak telah menyertai membuka kaunter perkhidmatan sempena Program YAB Menteri Besar Perak Bersama Rakyat(MESRA) di Daerah Muallim bertempat di Dataran Amanjaya Slim Village, Slim River. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
#YPMakluman Untuk makluman, bagi permohonan bantuan Yayasan Perak yang memerlukan pengesahan daripada penghulu kawasan boleh merujuk portal epenghulu di http://epenghulu.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat penghulu di kawasan masing-masing. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
1 April 2021 (Khamis) – Yayasan Perak telah terlibat dalam membuka kaunter perkhidmatan sempena Program YAB Menteri Besar Perak Bersama Rakyat (MESRA) di Daerah Perak Tengah bertempat di Arena Square, Parit Perak. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan.
Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929 / 05 246 0998.
1 April 2021 (Khamis) – Telah berlangsung hari ini penyampaian surat kelulusan baik pulih rumah kepada penerima di bawah Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak sempena Program Menteri Besar Perak bersama Rakyat (MESRA) Daerah Perak Tengah. Penyampaian surat disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Lambor.
23 Mac 2021 (Selasa) – Telah berlangsung hari ni Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Pembinaan Rumah Mesra Rakyat SPNB bersama Yayasan Perak bertempat di Hotel Casuarina, Ipoh. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
17 MAC 2021 (Rabu) – Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak Tahun 2021 telah diadakan bertempat di Hotel Impiana, Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan
14 Mac 2021 (Ahad) – Penyerahan kunci bagi “Program Sayangi Rumahku” dan Pemberian Kotak Makanan Yayasan Perak kepada mangsa banjir yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak merangkap ADUN Kenering dan diiringi oleh Encik Tajul Hasrul Bin Mohamed Rashidi, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak bertempat di Pantai Besar Batu Kurau.
Penerima bantuan bina baru ini adalah Encik Shaari Bin Man dan Encik Mohd Rosli Bin Mohamad Rejad dimana mereka adalah merupakan mangsa kejadian banjir yang melanda Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak.