Sistem e-penghulu

#YPMakluman Untuk makluman, bagi permohonan bantuan Yayasan Perak yang memerlukan pengesahan daripada penghulu kawasan boleh merujuk portal epenghulu di http://epenghulu.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat penghulu di kawasan masing-masing. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan

Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan

#YPHebahan

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929 / 05 246 0998.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan

PENYAMPAIAN SURAT KELULUSAN BAIK PULIH RUMAH PROGRAM SAYANGI RUMAHKU YAYASAN PERAK

1 April 2021 (Khamis) – Telah berlangsung hari ini penyampaian surat kelulusan baik pulih rumah kepada penerima di bawah Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak sempena Program Menteri Besar Perak bersama Rakyat (MESRA) Daerah Perak Tengah. Penyampaian surat disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Lambor.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI “PROGRAM SAYANGI RUMAHKU” YAYASAN PERAK DAN PEMBERIAN KOTAK MAKANAN YAYASAN PERAK

14 Mac 2021 (Ahad) – Penyerahan kunci bagi “Program Sayangi Rumahku” dan Pemberian Kotak Makanan Yayasan Perak kepada mangsa banjir yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak merangkap ADUN Kenering dan diiringi oleh Encik Tajul Hasrul Bin Mohamed Rashidi, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak bertempat di Pantai Besar Batu Kurau.

Penerima bantuan bina baru ini adalah Encik Shaari Bin Man dan Encik Mohd Rosli Bin Mohamad Rejad dimana mereka adalah merupakan mangsa kejadian banjir yang melanda Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan