PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF / EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP)

 

Pengenalan

Selaras dengan visi Yayasan Perak iaitu Menjadi Agensi Peneraju Pembangunan Modal Insan yang Unggul, Dinamik dan Bertaraf Global ke Arah Kesejahteraan Negeri Perak menjelang 2030, pembangunan kepimpinan adalah salah satu teras yang diberi penekanan oleh Yayasan Perak.

Yayasan Perak melihat ruang untuk program ini boleh juga dipanjangkan kepada semua penjawat awam Negeri Perak untuk meningkatkan kualiti penjawat awam Negeri Perak.

Kejayaan perlaksanaaan Perak Sejahtera 2030 juga menuntut prestasi dan effisiensi yang tinggi daripada setiap penjawat awam. Oleh yang demikian penjawat awam Negeri Perak ini harus dipersiapkan untuk menuju matlamat tersebut.

Program Pembangunan Eksekutif atau “Executive Development Programme” (EDP) ini juga bersifat pembangunan modal insan yang holistik dan teratur kerana kompetensi-kompetensi yang diperlukan telah dikenalpasti dan pegawai-pegawai dibangunkan melalui program yang tersusun dan teratur.

 

Objektif

  • Melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti serta berkeyakinan tinggi.
  • Mewujudkan nilai, sikap, dan etika profesionalisme dalam diri agar melaksanakan tanggungjawab dengan berintergriti, amanah dan profesional.
  • Meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan ke arah yang lebih proaktif dan berkesan.

 

Sasaran

  • Pejawat Awam Negeri Perak
  • Warga IPTA & IPTS 
  • Kakitangan awam / GLC / swasta
  • Pemimpin tempatan

 

Pengisian Program

  10 cabang kompetensi yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

 

 

Kompetensi Pakar Pendaftaran
Kompetensi 1:

Komunikasi berimpak tinggi dan berkesan

(High impact and effective communication)

Rizal Rashid
Communication Trainer,
International Speaker & Author

Pendaftaran Ditutup
Kompetensi 2:

Pengurusan Konflik

(Conflict Management)

  Akan Datang
Kompetensi 3:

Kemahiran berfikir secara kritis

(Critical thinking skills)

  Akan Datang
Kompetensi 4:

Proses pembuatan keputusan yang berkesan

(Good decision making process)

  Akan Datang
Kompetensi 5:

Kemahiran pembentangan berimpak tinggi

(Impactful presentation skills)

  Akan Datang
Kompetensi 6:

Kemahiran membina rangkaian kerjasama

(Networking and collaborative skills)

  Akan Datang
Kompetensi 7:

Pemikiran strategik

(Strategic thinking)

  Akan Datang
Kompetensi 8:

Imej dan etika profesional

(Professional image and etiquette)

  Akan Datang
Kompetensi 9:

Kemahiran perundingan yang baik

(Negotiation Skills)

  Akan Datang
Kompetensi 10:

Perancangan strategik dan pemerkasaan

(Strategic planning and empowerment)

  Akan Datang