Sebelum ini dikenali sebagai ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’.

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

 


INSENTIF SISWA (DALAM NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

Bil Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM7,500 Ke Bawah)
1 Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) RM300.00
2 Diploma RM500.00
3 Ijazah Sarjana Muda RM1,000.00
4 Ijazah Sarjana (Master) RM1,500.00
5 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM2,000.00

SYARAT – SYARAT INSENTIF SISWA (DALAM NEGARA)

  1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Sijil & Diploma Vokasional, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Separuh masa sama ada Bekerja atau Tidak Bekerja ) ke IPT yang tersenarai di sini >>KLIK <<.
  2. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

a) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
         b) Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
         c) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
         d) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu   atau Ketua Kampung)

    3. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kecuali peringkat Sijil Kolej Vokasional (16 tahun) dan Diploma Kolej Vokasional (17 tahun).

      4. Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan       salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

 


INSENTIF SISWA (LUAR NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori Negara Kategori A Kategori B
Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)
Diploma 1,500.00 2,500.00
Ijazah Sarjana Muda 3,000.00 5,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah 4,000.00 6,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA(KATEGORI A)
1. Afrika Selatan 2. Algeria 3. Bangladesh 4. Ethiopia
5. Filipina  6. India 7. Indonesia 8. Kenya
9. Libya 10. Mesir 11. Myanmar 12. Nigeria
13. Pakistan 14. Sri Lanka 15. Sudan 16. Syria
17. Thailand 18. Uganda 19. West Indies
NEGARA(KATEGORI B)
1. Amerika Syarikat 2. Arab Saudi 3. Australia 4. Austria
5. Belgium 6. Brunei 7. China 8. Denmark
9. Finland 10. Greece 11. Hong Kong 12. Hungary
13. Iceland  14. Iran 15. Iraq 16. Itali
17. Jerman 18. Jepun 19. Jordan 20. Kanada
21. Korea Selatan 22. Kuwait 23. Luxembourg 24. Maghribi
25. Malta 26. Netherlands 27. New Zealand 28. Norway
29. Perancis 30. Poland 31. Portugal 32. Republik Czech
33. Republik Ireland 34. Russia 35. Sepanyol 36. Singapura
37. Sweden 38. Switzerland 39. Taiwan 40. Turki
41. Ukraine 42. United Kingdom

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

SYARAT- SYARAT INSENTIF SISWA (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara              yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara tidak termasuk dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

    a)Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

    b) Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua          Kampung) ; atau 

     c) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada              Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

    d) Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung).

5. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

6. Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan           salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.


 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (INSENTIF SISWA DALAM DAN LUAR NEGARA)

1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara       sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)

5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).

6. Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu /
    Ketua Kampung / Pengetua/ Guru Besar/ Pemimpin Tempatan/ Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.

UNTUK PERHATIAN:-

  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

CARA MEMOHON