PENGERUSI YAYASAN PERAK

Assalammualaikum,

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI YAYASAN PERAK.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan berkat kurnia-Nya dapat lagi kita bersama-sama memulakan tugas walaupun masih berhadapan dengan pandemik COVID-19. Sejak dari tahun 2019, wabak covid-19 telah melanda dunia dimana tanpa kita sedari ekonomi negara turut terjejas dengan penularan dan peningkatan kes yang semakin meningkat.

Walaupun dalam kekangan wabak covid-19 ini, saya amat menghargai pengorbanan setiap warga kerja Yayasan Perak dimana masih menjalankan amanah yang telah diberikan untuk melaksanakan tugas-tugas hakiki dalam bidang masing – masing.

Selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini, perubahan dan kemajuan teknologi dalam organisasi kerja akan mempengaruhi kualiti kerja. Kesedaran pekerja terhadap penggunaan teknologi maklumat mewujudkan budaya celik teknologi dalam organisasi. Selain itu, penggunaan teknologi dalam kalangan pekerja akan memberi kesan terhadap kualiti pekerja. Kemahiran tinggi dalam penggunaan teknologi akan membantu meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja pekerja akan memberi pengaruh terhadap organisasi.

Melalui pengurusan kandungan laman web ini, saya berharap agar urusetia Yayasan Perak dapat menyalurkan informasi maklumat yang tepat dan terkini kepada para pengunjung di laman ini. Ia merupakan saluran komunikasi terpenting dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan kerana ia dapat dicapai di mana jua tanpa mengira masa. Besarlah harapan saya agar laman web ini dapat memenuhi fungsinya sebagai sumber rujukan dan ilmu yang berguna kepada masyarakat.

Saya menyeru seluruh warga kerja Yayasan Perak agar kita semua dapat kekal bersama menjaga kesihatan serta terus berdisiplin mengamalkan prosedur operasi standard (SOP). Disini, saya ingin menekankan bahawa sentiasa mengamalkan Norma Baharu dalam kehidupan agar wabak covid-19 dapat dikekang.

Sekian, terima kasih.

YDH. Toh Shahbandar Ulu YB Dato’ Haji Mohd Tarmizi bin Idris

Pengerusi Yayasan Perak