
Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah di atas limpah kurnia dan keizinanNya kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Pada tahun 2021 sememangnya merupakan tahun yang berbeza dan mencabar daripada tahun – tahun sebelumnya dimana negara kita dilanda wabak Covid-19 dan telah memberi kesan kepada rakyat dari segi ekonomi dan sosial. Semoga kita dapat menempuh hari yang mendatang dengan meneruskan kehidupan dalam keadaan norma baharu dan mendoakan agar wabak Covid-19 ini akan berakhir dengan segera.
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Yayasan Perak. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan Yayasan Perak menyalurkan maklumat dengan pantas untuk pengetahuan semua.
Dengan wujudnya Laman Web ini, semoga maklumat yang disediakan dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi kehendak semua dan dapat dijadikan satu medium dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai program – program Pendikan dan Pembangunan Sosial di Yayasan Perak. Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan strategik yang dimainkan oleh ICT dalam sektor kerajaan kepada masyarakat.
Akhir kata, semoga Laman Web ini dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh masyarakat dan saya mengalu-ngalukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung Laman Web ini untuk membolehkan Yayasan Perak menjadi sebuah jabatan yang sentiasa unggul dan berdaya saing serta relevan.
Sekian, terima kasih.
“ILTIZAM PENDIDIKAN, TRANSFORMASI INSAN”
Azrul Sani bin Ibrahim
Pengurus Besar Yayasan Perak