PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan (tanpa faedah) kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.
Objektif Program
- Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
- Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
- Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Konsep Program
- Merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
- Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)
- Jumlah pinjaman dari RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 (bergantung kepada kemampuan)
Syarat- syarat Permohonan
- Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
- Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / Berhad.
- Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang – undang.
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
- Rekod daftar perniagaan SSM perlu 6 bulan ke atas
Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:
-Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
-Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya / Perjudian.
-Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula (mengikut pasaran semasa).
-Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi. – Perniagaan bermusim.
-Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan yang seumpamanya.
-Kontraktor Pembangunan
Dokumen yang diperlukan
- Borang / Surat Permohonan (wajib).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
- Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
- Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
- Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
- Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
- Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – (3) keping / Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
- Senarai sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
- Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung / Penghulu.
- Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.
* Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.
Pemohon boleh isi secara atas talian atau mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
– Secara atas talian (online)- >>KLIK SINI<<
– Pejabat Yayasan Perak
– Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
– Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
– Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak - Maklumat bagi Bayaran Balik Pinjaman Tabung Usahawan boleh dibuat DI SINI.