1. Apakah fungsi Yayasan Perak?

Yayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Selain itu, Yayasan Perak adalah rakan strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial rakyat Negeri Perak melalui beberapa program berbentuk bantuan perumahan serta bantuan pinjaman mikro kepada usahawan sekaligus memastikan bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.

 

2. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak ?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPTA dan IPT terpilih, boleh membuat permohonan sepanjang tahun bagi Insentif Siswa dengan mengambil borang permohonan di pejabat Yayasan Perak, muat turun dari laman web Yayasan Perak atau memohon secara atas talian (online) dengan langkah seperti berikut:

  1. Isi permohonan secara atas talian di www.yayasanperak.gov.my
  2. Mencetak borang permohonan
  3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan.
  4. Status permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Perak atau melalui panggilan telefon selepas 2 minggu dari tarikh serahan borang.

 

3. Berapakah kadar Insentif Siswa Yayasan Perak yang disediakan berdasarkan peringkat pengajian?

Bantuan ini adalah secara “one-off berdasarkan peringkat pengajian di dalam negara seperti berikut:

Bil. Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM) 
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1. Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)  RM300.00
2. Diploma RM500.00
3. Ijazah Sarjana Muda RM1,000.00
4. Ijazah Sarjana (Master) RM1,500.00
5. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM2,000.00

 

4. Adakah pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara layak memohon bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak?

Ya, layak memohon bagi mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah di IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori Negara Kategori A   Kategori B  
Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)
Diploma 1,500.00 2,500.00
Ijazah Sarjana Muda 3,000.00 5,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah.  4,000.00 6,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara sila rujuk INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

 

5. Apakah syarat-syarat permohonan bagi memohon Insentif Siswa Yayasan Perak ?

SILA RUJUK :

Insentif Siswa Yayasan Perak

 

6. Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan?

Anda boleh menyemak status permohonan di laman web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my dan klik pada pautan “Semakan Status Permohonan” dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

 

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan pada waktu pejabat di talian 05-255 2929.

7. Siapakah yang layak memohon Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak?

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa hadapan anak-anak.

> Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.

> Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak, atau

> Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, atau

> Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun, atau

> Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

> Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

> Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

 

8. Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Yayasan Perak selain daripada bantuan Pendidikan untuk pelajar IPT?

1. Program Pinjaman Tabung Usahawan

2. Program Sayangi Rumahku

 

 

9. Apakah peranan Yayasan Perak selain bantuan pendidikan dalam penyampaian bantuan pembangunan sosial kepada golongan sasar  dan golongan miskin di seluruh Negeri Perak?

  • Menjalankan program bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan Negeri Perak.
  • Menganjurkan program atau aktiviti dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat Negeri Perak.

 

10. Bagaimanakah cara untuk memohon Biasiswa YAB Menteri Besar?

Program ini dijalankan secara kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dimana senarai nama pelajar yang berkelayakan akan disenarai pendekkan oleh pengurusan JPN dan diserahkan kepada pengurusan Yayasan Perak untuk tindakan selanjutnya.

11. Apakah cara lain untuk berhubung dengan Yayasan Perak?

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:

  1. Emel ke admin@yayasanperak.com.my atau 
  2. Aduan ke aduan@yayasanperak.com.my atau
  3. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300
  4. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.
  5. Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak – Rasmi, Instagram @YayasanPerak, Twitter @YayasanPerak

 

12. Bagaimanakah cara memohon Kad Perak Prihatin?

Kad Perak Prihatin TIDAK DIURUSKAN oleh Yayasan Perak. Sila rujuk laman web rasmi berikut : Kad Perak Prihatin

 

13. Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan maklumat pejabat penghulu kawasan yang berkaitan?

Pemohon boleh merujuk portal rasmi Pejabat Penghulu Perak bagi mendapatkan maklumat penghulu di kawasan anda.

14.  Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak?

Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak tidak lagi diuruskan oleh Yayasan Perak bermula tahun 2022. Walaubagaimanapun permohonan boleh dibuat di pautan berikut : hestectperak.com