PENGENALAN

Yayasan Perak berusaha untuk menjadi agensi pembangunan modal insan yang unggul, dengan objektif utama untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan sumber manusia di Negeri Perak.

Yayasan Perak mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pusat Latihan YP Training Academy yang akan
berfungsi sebagai platform yang lebih fleksibel dan khusus untuk memenuhi keperluan pembangunan eksekutif di Negeri Perak.

YP Training Academy akan memberi tumpuan kepada pengembangan kemahiran kepimpinan, pengurusan dan kompetensi eksekutif dalam kalangan peserta. Dengan adanya pusat latihan ini, Yayasan Perak dapat menganjurkan kursus-kursus dalam kapasiti yang lebih kecil dan lebih fokus, memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan organisasi di sektor awam dan swasta.

VISI & MISI

Menjadi pusat latihan dan pembangunan eksekutif terkemuka yang menyediakan program latihan berkualiti tinggi untuk mempersiapkan pemimpin masa hadapan yang kompeten, berdaya saing, dan mampu memacu perubahan dalam organisasi.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan Kemahiran Kepimpinan dan Pengurusan:
    • Menyediakan latihan intensif untuk eksekutif dalam bidang kepimpinan strategik, pengurusan perubahan, dan pengurusan sumber manusia.
  2. Pembangunan Modal Insan Eksekutif:
    • Membantu organisasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan kepimpinan bagi memperkukuh keberkesanan organisasi dan pasaran kerja.
  3. Penyediaan Platform Pembelajaran Berterusan:
    • Memberi peluang kepada individu untuk terus berkembang melalui program latihan sepanjang hayat yang akan dikendalikan di Pusat Latihan YP Training Academy.
  4. Pembangunan Kemahiran Profesional:
    • Memberikan peluang kepada eksekutif untuk meningkatkan kemahiran teknikal serta kemahiran interpersonal (soft skills) yang diperlukan dalam peranan pengurusan dan kepimpinan.

MANFAAT

Penubuhan pusat latihan ini akan memberikan impak yang signifikan kepada
pembangunan modal insan di Negeri Perak:

Meningkatkan Kecekapan Pengurusan dan Kepimpinan

Pembangunan Modal Insan Berterusan

Peningkatan Daya Saing Negeri Perak

Peningkatan Kualiti Pengurusan di Sektor Awam dan Swasta

LATIHAN

PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF

HUBUNGI

Tel : +605-246 0998
Emel : yptraining[at]yayasanperak.com.my