Program Back To School Yayasan Perak Tahun 2022

Yayasan Perak dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak(PPD) telah melaksanakan Program Back To School Yayasan Perak Tahun 2022 bagi membantu seramai 1700 orang penerima yang melibatkan pemberian bantuan keperluan persekolahan kepada pelajar-pelajar miskin atau kategori B40 setiap daerah bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa pelajar yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini.
Program ini telah diselaraskan bersama 12 PPD di seluruh Negeri Perak. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan semoga program ini dapat diteruskan bagi membantu lebih ramai pelajar.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan