Kunjungan Hormat Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

24 Ogos 2022 – Yayasan Perak menerima kunjungan hormat daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bertempat di Bilik Gerakan, Yayasan Perak.

Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan berkenaan permohonan bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar ASWARA.

Turut serta dalam perbincangan ini adalah Encik Farid bin Wazali, Pengurus Pendidikan Yayasan Perak dan pegawai dari ASWARA iaitu Yang Mulia Raja Nor Sheela Raja Aziddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Puan Hanimah Samsudin, Ketua Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Encik Mohd Shaiful Izham Haji Abdul Baseht, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,ASWARA.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan