Forum Jelajah Siswa Anak Perak : Pentas Ilmu, Aspirasi & Masa Depan

Sesi Forum Jelajah Siswa Anak Perak berlangsung penuh energi di bawah kendalian moderator Addy Junaidi. Dari saat pertama forum dibuka, suasananya terus hidup, interaktif, terbuka dan menggalakkan mahasiswa berfikir lebih jauh tentang peranan mereka sebagai generasi pelapis negeri.

Forum ini bukan sekadar sesi bual santai, tetapi sebuah platform strategik yang mempertemukan mahasiswa dengan pemimpin agensi negeri untuk membincangkan halatuju, peluang pembangunan, sokongan pendidikan, serta aspirasi Perak menuju 2030. Soalan-soalan kritikal, pandangan jujur dan idea-idea bernas daripada peserta menjadikan sesi ini benar-benar bermakna dan berimpak.

Terima kasih kepada panelis hebat yang membawa perspektif mendalam serta membuka sudut pandang baharu kepada semua peserta:

🌟 Puan Jamilah binti Zakaria

Pengarah, Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat (SPW)

🌟 Encik Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin

Pengarah, Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM)

🌟 Encik Megat Zarul Ekram bin Rusni

Pengurus Pendidikan, Yayasan Perak

Sesi forum ini membuktikan bahawa Anak Perak memiliki potensi besar dan kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan ruang, bimbingan dan peluang untuk mereka mengorak langkah lebih jauh.