Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Bantuan ini bertujuan untuk:
- Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
- Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.
- Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.
KADAR PEMBERIAN
| Perkara | Nilai Bantuan |
Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional | RM200 |
Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:
1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;
2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;
3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)
5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;
6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
SYARAT BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK
- Anak adalah warganegara Malaysia dan lahir di Negeri Perak.
- Anak mestilah berumur 13 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan.
- Ibu atau bapa adalah kelahiran Negeri Perak.
- Sekiranya anak dilahirkan di daerah yang bersempadan dengan Negeri Perak, salah seorang ibu atau bapa mestilah kelahiran Negeri Perak. Hospital Bersalin yang terletak di :-
- Pulau Pinang (Daerah Kerian)
- Kedah (Larut, Matang & Selama)
- Selangor (Daerah Muallim)
** Jika kedua – dua ibu bapa bukan kelahiran Negeri Perak, mereka perlu mendapatkan Surat Pengesahan Bermastautin daripada Pejabat Penghulu / Ketua Kampung.
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 7,500.00
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Sijil Kelahiran atau Salinan MyKid Anak
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu dan Bapa / Penjaga
- Salinan Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga
- Surat Pengesahan Bermastautin daripada Pejabat Penghulu / Ketua Kampung
- Salinan Surat Pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak merupakan angkat
CARA MEMOHON
- Layari website www.yayasanperak.gov.my
- Klik pada ‘Mohon Bantuan’
- Klik butang ‘Daftar Sekarang’ jika masih belum mempunyai akaun
- Log Masuk menggunakan Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik butang ‘Mohon Baru’ pada ‘Borang Tabung Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak’
- Isikan semua maklumat yang diperlukan
- Muat naik dokumen yang diperlukan dan tekan butang ‘Hantar Permohonan’
- Status Permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
