PERANAN YAYASAN PERAK

Yayasan Perak merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar-dasar sosial dan pendidikan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. Sejak penubuhannya, Yayasan Perak telah berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif berbentuk bantuan, pembiayaan dan program pembangunan.

Antara peranan dan fungsi utama Yayasan Perak adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan Akses kepada Pendidikan
    Memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan, termasuk bantuan insentif siswa dan program galakan akademik.
  1. Memperkasa Pembangunan Modal Insan
    Melaksanakan program latihan, pembangunan kemahiran, motivasi dan pembangunan sahsiah khususnya kepada generasi muda sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan.
  1. Menyalurkan Bantuan Kebajikan dan Sosial
    Mengurus dan menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar dan masyarakat berpendapatan rendah, bagi meringankan beban hidup dan meningkatkan kesejahteraan.
  1. Mewujudkan Jaringan Strategik
    Menjalin kerjasama pintar dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperluas capaian program dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan.
  1. Menyokong Dasar Kerajaan Negeri
    Bertindak sebagai pelaksana utama kepada inisiatif dan program sosial Kerajaan Negeri Perak, khususnya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan.
  1. Mengurus Sumber Secara Mampan
    Mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan, aset dan tenaga kerja bagi memastikan kelangsungan program jangka panjang yang berimpak tinggi.