Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak

KONSEP PROGRAM

Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah berumur 25 tahun hingga 45 tahun sahaja.

3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 7,500.00 sebulan.

4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.

5. Rumah pertama dan bukan untuk perniagaan (RUMAH SEWA).

6. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan ke atasanya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).

8. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

9. Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK @ bermastautin lebih 10 tahun di PERAK.

10. Mempunyai Penjamin yang bekerja.

11. Tiada tunggakn CTOS/CCRIS.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

1. Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.

2. Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.

3. Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

4. Dokumen tambahan Penjamin.

HARGA RUMAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

** Harga Rumah, Ansuran Bulanan dan Jangkamasa Bayaran Balik Pinjaman tertakluk kepada kelulusan pihak Yayasan Perak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (yang telah disahkan)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan(yang telah disahkan)
  3. Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah (yang telah disahkan)
  4. Salinan Kad Pengenalan Penjamin (yang telah disahkan)
  5. Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru (yang telah disahkan)
  6. Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah (yang telah disahkan)
  7. Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon(yang telah disahkan)
  8. Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi penjamin(yang telah disahkan)
  9. Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia (yang telah disahkan)
  10. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang (yang telah disahkan)
  11. Salinan Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah (yang telah disahkan)
  12. Borang Laporan Tapak Bergambar
    GAMBAR 1 : GAMBAR PEMOHON DI TAPAK CADANGAN
  13. Borang Laporan Tapak Bergambar
    GAMBAR 2 : JALAN MASUK KE TAPAK CADANGAN
  14. Laporan CTOS/CCRIS Pemohon

Pemohon boleh memohon secara dalam talian :