Pinjaman Tabung Usahawan

PROGRAM  BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan (tanpa faedah) kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.

Objektif Program

  • Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
  • Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
  • Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

Konsep Program

  • Merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)
  • Jumlah pinjaman dari RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 (bergantung kepada kemampuan)

Syarat- syarat Permohonan

  1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia. (Jika Berkahwin)
  3. Sekiranya pemohon adalah kakitangan kerajaan, pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan.
  4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  5. Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
  7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak di mana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
  8. Rekod daftar perniagaan SSM 6 bulan ke atas.

perniagaan Di Luar Skop Pembiayaan

  1. Ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru)
  2. Pelaburan / Skim Piramid / Skim Cepat Kaya / Perjudian dan seumpamanya.
  3. Perniagaan barang lusuh / kitar semula (mengikut pasaran semasa)
  4. Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi.
  5. Perniagaan bermusim, contoh:- barangan bermusim.
  6. Agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan seumpamanya.
  7. Kontraktor Pembinaan (Binaan, elektrik, jalanraya, pengairan & saliran dan seumpamanya)
  8. Pengubahsuaian premis, chalet, hostel dan yang berkaitan bagi yang menyewa.

Dokumen yang diperlukan

  1. Borang permohonan wajib dilengkapkan.
  2. Borang Kebenaran CTOS/ CRIS Pemohon dan Penjamin.
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon, waris dan tanggungan yang disahkan.
  4. Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah / Geran Tanah yang disahkan.
  5. Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terkini yang disahkan.
  6. Pelan lokasi perniagaan.
  7. Salinan Penyata Akaun Bank bagi 3 bulan terkini / Rekod Aliran Tunai 3 bulan terkini yang disahkan.
  8. Dokumen Tambahan Penjamin (semak lampiran butiran penjamin); Kad Pengenalan Penjamin, Slip Gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  9. Sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal / surat perakuan modal pusingan / kedua-duanya yang disahkan.
  10. Pengesahan pendapatan pemohon daripada Pegawai Gred A / Penghulu / Penyata Cukai Pendapatan / Slip Gaji Pemohon yang disahkan.
  11. Salinan Kad Suntikan Typhoid dan lengkap suntikan vaksin (bagi perniagaan makanan sahaja) yang disahkan.
  12. Gambar Kediaman & Premis Perniagaan (Bersama Pemohon).

    * Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

    Pemohon boleh isi secara atas talian

Maklumat bagi Bayaran Balik Pinjaman Tabung Usahawan boleh dibuat DI SINI.