KIOSK USAHASISWA@YP NGOPDUL COFFEE KINI MEMERIAHKAN PUSANIKA, UKM
Bukan sekadar kopi, ini platform masa depan mahasiswa.
Kiosk Usahasiswa@YP – Ngopdul Coffee kini rasmi beroperasi di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hasil kolaborasi strategik antara Yayasan Perak, UKM, Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan (PERMADARI) dan Ngopdul Coffee.
Pelancaran ini merupakan kiosk kedua di bawah inisiatif Usahasiswa@YP, selepas kejayaan pelancaran Kiosk Usahasiswa@YP – Ngopdul Coffee di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi,
Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Khairudin Bin Abu Hanipah, inisiatif ini membawa pengalaman perniagaan sebenar terus ke kampus, memberi peluang kepada mahasiswa untuk:
- mengurus operasi kiosk secara profesional
- menjana pendapatan persatuan
- membuka peluang kerja sambilan kepada mahasiswa, khususnya daripada golongan B40
Inisiatif ini memberi pendedahan awal dunia perniagaan kepada mahasiswa serta menjadi platform penjanaan pendapatan Persatuan, seterusnya memperkasa Persatuan Mahasiswa Anak Perak untuk mengukuhkan sumber kewangan dan merancang lebih banyak aktiviti pembangunan anak Perak.
Inilah bukti komitmen Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak bersama rakan strategik dalam membina mahasiswa yang berdikari, berdisiplin dan berdaya saing, seiring keperluan masa depan.
Kini di UKM.
Lebih banyak IPT bakal menyusul.
Ayuh warga UKM dan masyarakat sekitar, singgah Ngopdul, sokong usaha mahasiswa!
