Mesyuarat Anggota Yayasan Perak Bil 3/2025

Telah berlangsung Mesyuarat Anggota Yayasan Perak Bil 3/2025, yang menjadi platform penting dalam menilai pencapaian semasa serta memperhalusi hala tuju strategik Yayasan Perak bagi tahun hadapan ke arah pengurusan yang effisen, berprestasi tinggi dan mampan.

Mesyuarat ini turut menzahirkan komitmen berterusan Yayasan Perak dalam memastikan setiap inisiatif pemerkasaan rakyat negeri Perak dilaksanakan secara terancang, telus dan berkesan.

Di akhir mesyuarat, sebuah Kad Penghargaan istimewa telah disampaikan kepada semua Anggota Yayasan Perak sebagai simbol penghargaan atas kepimpinan, sokongan dan kebersamaan yang menjadi asas kepada pencapaian serta kemajuan organisasi ini.

Kad penghargaan ini menampilkan karya istimewa hasil sentuhan Adik Muhammad Sufi bin Sofian, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan bakat istimewa di bawah inisiatif YP Special Talent. Sentuhan seni ini melambangkan keberhasilan pelajar di bawah program YP Smart Talent yang terus menyediakan program

pembangunan bakat yang startegik di mana bakat muda ini sedang digilap sebagai pelapis kartunis negara pada masa hadapan, seiring jejak langkah Seniman Negara, Dato’ Mohammad Nor Mohammad Khalid (Dato’ Lat).

Semoga Yayasan Perak akan dapat terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan di tahun 2026 dalam menyokong Agenda Pembangunan Modal Insan melalui Pemerkasaan Pendidikan dan Pengupayaan Sosial di Negeri Perak ini.