Rumah Baharu, Harapan Baharu, Kehidupan Lebih Bermakna

Tahun 2026 membuka lembaran baharu buat beberapa keluarga di negeri Perak apabila serahan kunci rumah baharu yang dibina semula berjaya direalisasikan menerusi Program Sayangi Rumahku Bina Baharu.

Pelaksanaan program ini melibatkan tiga kawasan utama:

📍 Mukim Hulu Kinta

📍 Mukim Pulau Kamiri

📍 Mukim Chegar Galah

Lebih daripada sekadar sebuah kediaman, inisiatif ini membawa rasa selamat, ketenangan jiwa dan sinar harapan buat golongan sasar untuk memulakan kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga tersayang.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak dalam memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki kediaman yang selesa dan selamat, selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial serta kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

Melalui Program Sayangi Rumahku, Yayasan Perak menyediakan bantuan pembinaan rumah baharu atau baik pulih kediaman kepada golongan sasar di negeri Perak bagi menggantikan kediaman uzur dan tidak selamat, demi menyokong kehidupan keluarga yang lebih stabil dan sejahtera.

Semoga rumah ini menjadi tempat berteduh yang penuh kasih sayang, membina asas kehidupan yang lebih stabil dan menjadi permulaan kepada masa depan yang lebih tenang serta sejahtera.