Program Penjana KPT CAP – GRADPRENEUR @ PERAK 🧑‍🎓

Berita baik untuk anda TERUTAMANYA graduan Perak yang ingin menceburi bidang keusahawanan!
Berita baik untuk Graduan Lepasan SIJIL, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA ✨✨✨
Program Pinjaman Mikro Kredit oleh Kerajaan Negeri kepada Usahawan graduan Anak Perak bagi mengembangkan perniagaan.
Tarikh Program: 3 Februari 2022 – 13 Februari 2022
Lokasi: Universiti Perguruan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, Perak
Apa yang anda akan dapat? :
☑️ Latihan Keusahawanan Bersijil selama 11 hari
☑️ Disediakan pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
☑️ Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan
Syarat-syarat Kelayakan:
☑️ Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
☑️ Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
☑️ Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
☑️ Mempunyai SSM / lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). Graduan yang baru ingin memulakan perniagaan juga boleh memohon.
☑️ Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
☑️ Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
☑️ Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
Maklumat lanjut, hubungi:
Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI)- 012 211 8608
Yayasan Perak- 05 246 0227