Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Yayasan Perak

30 Mei 2022 – Telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Yayasan Perak bertempat di Pejabat Yayasan Perak. Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) tahun 2021 yang disampaikan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Bin Idris, Pengerusi Yayasan Perak serta diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak dan Puan Rohana Binti Mohammad, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan